KUCHING, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari bin Tun Abang Haji Openg dan Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang menghadiri Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isyak dan Sunat Tarawikh Berjemaah bersama Penjawat Awam, Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat di Atrium Dewan Undangan Negeri Sarawak petang ini tadi.
Dalam majlis yang sama, Premier telah menyampaikan Sumbangan Ikhlas Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Sarawak kepada 52 murid dan 13 guru dari 13 Sekolah Kebangsaan (SK) di kawasan Petra Jaya.
Sejurus selepas itu, Premier kemudiannya menunaikan solat Isyak dan tarawikh bersama-sama tetamu yang hadir di surau DUN Sarawak.
Hadir sama adalah Timbalan Premier Sarawak, Dato' Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki, dan beberapa kenamaan lain.
Sumber dari : Sarawakku